Zlatan Ibrahimovic adalah salah seorang pemain terbaik dunia era millenium. Di mana sahaja beliau bermain, beliau hampir seorang diri membawa pasukan menjadi sebuah pasukan yang digeruni. Mula mencipta nama di Ajax Amsterdam selepas berhijrah dari kelab tempatan Malmo pada akhir 90 an.
Beliau antara nama bintang yang pernah mencuba nasib di Arsenal sebelum tidak dipilih oleh Wenger untuk membarisi skuad kerana dianggap tidak bersesuaian dengan corak teknikal yang diterapkan. (bayangkan sekiranya zlatan bergandingan dengan thiery henry)
Pada pertengahan 2000 an Zlatan berhijrah ke Serie A bersama Juventus dan kemudiannya ke Inter Milan selepas Juventus diturunkan devisyen akibatpenglibatan di dalam skandal rasuah. Kemuncak Zlatan mungkin dianggap dunia apabila beliau berhijrah ke Barca namun ianya menjadi mimpi ngeri buat Zlatan apabila menjadi bahan kritikan Pengurus berkaliber, Pep Guardiola. Walaupun menjadi hero untuk Barca memenangi Champs League, Super Zlatan akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke Serie A bersama Ac Milan.
Kini bintang Zlatan kembali menyinar semula dengan mewakili kelab kaya PSG. Beliau membayangkan akan mengakhiri kerjayanya di sana. Aku harap ianya tidak menjadi kenyataan kerana ingin melihat kelibatnya di EPL selepas kegagalan ke Piala Dunia 2014
END SEASON CARDIF CITY OFFER LA DIE TU.
ReplyDelete