Thursday, 21 November 2013

Roman Riquelme

1. Roman Riquelme

Antara pemain terbaik dunia yang tidak pernah mendapat pengiktirafan. Riquelme pernah disebut oleh Maradona sendiri sebagai klon pada dirinya. Bertubuh gempal,ketinggian sederhana, beliau memiliki kawalan bola dan hantaran yang amat menakjubkan. Tetapi prestasinya tidak menjadi pandangan dunia berikutan kegagalan memenangi kejohanan bersama kelab yang diwakili.

Riquelme mungkin seorang jeneral hebat yang ditakdirkan tiada kejayaan baik di kelab mahupun negara. Selepas sukses di kampung halamanya riquelme dibawa ke sepanyol dengan mewakili barcelona, namun jodohnya tidak panjang akibat gagal menyerlah di kelab Catalan itu. Beliau hanya bertahan selama setahun dan akibat tidak medapat tempat beliau telah dipinjamkan ke Villareal selama 2 musim dan menjadi pemain tetap kelab selama 3 tahun selepas itu.

Riquelme menjadi tunjang kepada Villarreal pada tahun 2006 dengan prestasi hebat membawa kelab ke separuh akhir Champs League sebelum dikecewakan Arsenal. Beliau juga menjadi nadi kepada penguasaan Argentina di Piala Dunia tahun yang sama di mana pasukan tersebut dikatakan sebagai calon terkuat untuk menjuarai kejohanan akibat prestasi hebat beliau. Walaubagaimanapun pasukan hebat itu terpaksa akur dengan tuan rumah Jerman di peringkat Suku Akhir walaupun mengusai permainan sepanjang tempoh permainan.

Pendek kata rezeki dan nasib sentiasa tidak memihak kepada pemain ini walaupun beliau merupakan salah seorang pemain terbaik yang pernah dilahirkan di era millenium bola sepak.

1 comment: